welcome to

Sunday, June 5, 2011

19 May 2011 Mimpi bukan sekadar mainan tidur…

19 May 2011
Mimpi bukan sekadar mainan tidur…


Mimpi ibarat mainan dalam tidur malah ia juga boleh berubah menjadi realiti. Bunyi nya kedengaran seperti dongeng. Ini bukan nya dongeng malah ianya lebih kepada kepercayaan diri sendiri. Pepatah melayu ada mengatakan nak seribu daya tak nak seribu dalih, takkan kita tidak boleh menjadikan mimpi kita menjadi realitikan?
 Hidup ini ibarat sebuah permainan, ada yang lemah dan ada yang gagah. Dengan usaha la juga kita dapat memperbaiki kelemahan kita. Contoh seperti memperbayakkan latihan untuk menjadi lebih baik tetapi lain apabila berada di kehipan yang nyata dan tidak didalam permainan kerana latihan yang di maksudkan di dalam permainan adalah belajar dari pengalaman dan mengelakkan diri dari melakukan kesalahan yang sama. Apabila sesuatu kasalahan yang kita lakukan, orang yang perlulah memberi peluang yang kedua untuk kita mengubah diri kita dan bukan lagi di hina dan di caci maki.
Seboleh-boleh nya kita mesti saling bantu membantu antara satu sama lain dan bukan untuk menjatuhkan teman kita. Kita perlu memberi sokongan kepada mereke yang memerlukan walau apa jua situasinya. Mari kita bayangkan bersama sekiranya kita berada di tempat mereka…  Apa mereka rasa? Apa mereka lalui? Kenapa mereka jadi begitu?
Bukan dengan hanya kita menyalahkan orang lain tanpa mengetahui masalah mereka. Bagaimana dengan anda sekiranya anda mempunyai masalah dan tanpa menyedarinya anda telah membuat kesalahan disamping itu anda asik dipersalahkan. Mesti sedih dan hampakan hidup anda. Yang pernah merasainya jangan mengambil hati dengan rencana yang saya taipkan ini. Sesungguhnya rencana ini hanya mengigatkan orang lain yang mungkin terlupa atas diri sendiri dan orang lain..
Seperti yang saya taipkan diperengan yang pertama tadi bahawa hidup ini ibarat permainan kerana selalunya orang yang kaya berada diatas tahta orang ramai dan menjadi contoh kepada yang sederhana.
Apabila menjadi kaya, kita tidak seharusnya berlagak dan bongkak hanya kerana kita  ni orang yang kaya dengan duit dan harta. Selagi kita merendah diri selagi itu kita akan dihormati oleh orang ramai. Yang sederhana jangan dicaci kerana mereka lebih kaya dari orang kaya. Bukan kaya duit atau pun harta yang saya maksudkan tetapi mereka kaya akan kasih sayang dan budi pekerti. Tidak semua orang kaya berlagak dan tidak semua juga orang sederhana yang kaya dengan kasih sayang dan budi pekerti. Ini semua adalah pilihan dan kehendak diri kita sendiri.
Marilah kita saling memaafi antara satu sama lain dan moga tiada dendam dan hasrat dengki dikalangan kita. Sekiranya anda perlukan nasihat, anda cari lah orang yang lebih tua dan merendah diri. Tiada yang sempurna manusia di muka bumi allah S.W.T.ini, masing-masing mempunyai kesalahan mereka sendiri dan kesalahan itu hanya boleh diadili oleh allah S.W.T. jadikan kesilapan kita hari ini dan semalam sebagai pedoman hidup dan pengalaman dan mudah-mudahan kesilapan itu tidak diulangi semula.. amin…  

No comments:

Post a Comment